Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Khamis, 25 November 2010

Pasar Minggu Satok

Pasar Minggu Jalan Satok terletak di persimpangan Jalan Satok dan Jalan Palm berhadapan dengan Pawagam Miramar hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja.Pasar Minggu Jalan Satok adalah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat lain.Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka.



Selain itu anda boleh membeli bermacam barang kraftangan dan cenderamata. Kraftangan Sarawak seperti Pua Kumbu, sumpit, hasil-hasil anyaman dan kristal banyak berderet-deret memanggil pengunjung untuk singgah.
Setiap malam terdapat gerai -gerai makanan beroperasi disini. 
Di kenali sebagai Benteng. Pelbagai pilihan menu halal dengan harga berpatutan seperti mee Kolok Sarawak, ayam panggang madu, satay sarawak dan Laksa Sarawak.

Anda juga boleh membeli ikan terubok masin pada harga murah jika anda pandai menawar dan siap di bungkus serta dikotak memudahkan anda membawanya.

Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan - semuanya di tengah-tengah bandar Kuching. Setelah anda puas berjalan dan membeli-belah di pasar ini, sila tuju ke salah satu kedai kopi Cina di sini untuk sarapan pagi. Cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan secawan kopi Sarawak yang harum aromanya dan kuih pau yang berisi daging berempah.


Masa paling sesuai adalah pada hari sabtu, jam 3 hingga 10 malam dan hari ahad jam 7pagi hingga 12 tengahari..
Pengumuman : Pasar Tamu dan Pasar Minggu Satok akan berpindah ke penempatan niaga baru di Jalan Matang berdekatan Kubah Ria iaitu Medan Niaga Satok bermula 1 Jan 2013. Layari selamat tinggal pasar minggu satok

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...