Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Ahad, 22 September 2013

Fort Margherita

Kawasan Segitiga Raja Sarawak ini menjadi tarikkan pengunjung untuk mengabadikan gambar bersama 3 buah bangunan DiRaja. Ianya boleh dilihat dari seberang Kuching Waterfront terletak di kawasan Petra Jaya.

Walaupun ianya tidak dibuka untuk orang awam namum ianya tetap menjadi kesukaan jurukamera-jurukamera mentranformasikan hasil seni mereka. Tiga 'Landmark' Negeri Sarawak ini sememangnya mempunyai ciri-ciri binaan yang unik.




Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching.Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka. Kubu ini dibina di atas sebuah bukit mengadap Sungai Sarawak dan terletak di tebing utara berhadapan dengan pusat bandar Kuching yang pesat berkembang. Kubu ini dilengkapi dengan baik untuk melindungi ibu negeri ini dari pencerobohan melalui sungai. Dinding bermenara tiga blok menara tingkat termasuk titik pemerhati di atas, halaman yang dikelilingi oleh dinding yang tinggi dengan bertatah serpihan kaca tajam untuk perlindungan dan dibenamkan ke dalam dinding itu sendiri adalah tingkap kayu melalui mana meriam telah dibedil melepaskan tembakan. Hukuman bunun telah dilaksanakan di halaman ini, sehingga pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...