Tempat-tempat menarik dibandaraya Kuching, Sarawak

Tempat Menarik di Kuching

Isnin, 31 Disember 2012

Jambatan dari Tebingan Kuching ke kampung seberang dibina Mac 2013

KUCHING: Jambatan khas pejalan kaki yang akan menghubungkan Tebingan Kuching dengan kampung-kampung di seberang Sungai Sarawak akan dibina mulai bulan Mac tahun depan.

Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata, dengan terbinanya jambatan itu kelak, ia pasti merancakkan kemasukan pelancong tempatan mahupun luar negara ke bandar raya ini.

“Kerja pembinaan akan bermula tahun hadapan iaitu suku pertama kerana reka bentuk dan proses tender telahpun siap dan sekurang-kurangnya dilancar pada tahun depan sempena Ulang Tahun Ke-50 Sarawak dalam penubuhan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya mengenai perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan kepada ahli keluarga mendiang Marcus Kating yang merupakan kakitangan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, semalam.

“Pembinaan jambatan khas pejalan kaki ini akan dibina pada bulan Mac dan dijangka memakan masa setahun untuk siap.

“Namun, kos belum dapat dipastikan kerana kita masih meneliti keperluan perbelanjaan pembinaan jambatan itu,” katanya.

Pada masa sama, Talib memberitahu pembangunan dan keamanan yang dikecapi Sarawak menjadikan setiap tempat di negeri ini selamat untuk dikunjungi orang luar.

“Kalau kita lihat pembangunan yang akan datang, Kuching akan menjadi sebuah bandar bersejarah yang selesa dan dengan adanya jambatan khas ini, ia mampu menjadi tarikan baharu untuk orang ramai datang ke sini,” ujarnya.

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...